Khamis, 8 November 2012

Contoh Teks Bacaan Bertema
(Bahasa Malaysia Tahun 4)


Hargai Pengorbanan Ibu Bapa
Anak-anak mesti bertanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Antara tanggungjawab ialah anak-anak mestilah menghormati ibu bapa dengan sepenuhnya. Mereka mestilah sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa seperti bersalaman dengan mencium tangan mereka apabila berjumpa atau semasa ingin berpisah dengan mereka. Selain itu anak-anak juga perlulah bertutur dengan sopan apabila berbual dengan ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka.
Selain itu, anak-anak juga mestilah menjaga nama baik ibu bapa dengan menjaga tingkah laku atau moral. Sesuatu yang boleh memalukan ibu bapa seperti melanggar disiplin sekolah dan sebagainya hendaklah dihindari. Selain itu, anak-anak juga perlu belajar bersungguh-sungguh. Ini kerana ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Oleh itu anak-anak mestilah berusaha bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan harapan ibu bapa mereka nanti.
Di samping itu, anak-anak mestilah sentiasa mendoakan agar ibu bapa memperoleh kesejahteraan. Ini kerana jasa mereka terhadap anak-anak tidak akan terbalas dengan apa cara sekali pun. Oleh yang demikian, sewajarnya kita senantisa mendoakan akan kesejahteraan ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada kita.

Contoh Lembaran Kerja Murid
Bahasa Malaysia Tahun 4


Latihan 1

Nama : ...................................
Kelas : ....................................

Cari makna perkataan berikut berdasarkan teks.

1.          Tanggungjawab - ……………………………….

2.          Bertutur -……………………………………………

3.          Moral - …………………………………………………

4.          Dihindari - ………………………………………….

5.          Jasa - ………………………………………………….

6.          Kesejahteraan -…………………………………


Contoh Latihan 2


Nama Murid : ................................. Kelas : ...............

Latihan Pengukuhan: Jawab semua soalan berdasarkan petikan yang diberikan.


1.Apakah pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak ?
.......................................................................................

2.Apabila berjumpa atau berpisah dengan ibu bapa, apakah yang anak mesti lakukan ?
.........................................................................................


3.Apakah tanggungjawab anak-anak terhadap kedua ibu bapa ?
.........................................................................................


4.Apakah yang ibu bapa harapkan apabila anak mereka dewasa ?
..........................................................................................


5.Apakah yang anak mesti lakukan untuk kesejahteraan ibu bapa ?
..........................................................................................






 

Tiada ulasan: