Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para muridnya. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.
Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan murid-murid secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakan
perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggiuntukmembolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat murid secara berkesan.
Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajran. Lazimnya aktiviti yang diplih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.
Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah:
- Kaedah sumbang saran
- Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
- Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
- Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
- Kaedah audioligual
- Kaedah Kodkognetif
- Kaedah projek
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran
http://ancenic.blogspot.com/2012/11/yang-indah-itu-bahasa-yang-hilang-itu.html#more
http://ancenic.blogspot.com/2012/11/yang-indah-itu-bahasa-yang-hilang-itu.html#more
Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 4 SK Tiong Baru
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh/ Hari : 19/10/2012- Jumaat Masa : 9.30 – 10.30
Kelas : 4 Cemerlang
Bil. Pelajar : 12
M/ Pel : Bahasa Melayu
Tajuk : Hargai pengorbanan ibu bapa
Objektif : Di akhir pelajaran ini murid boleh :
1. Mencari makna perkataan yang tepat menggunakan kamus.
2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
memahami perkkara yang dibaca.
Pengetahuan Sedia Ada : Setiap pelajar sedia maklum jasa ibu bapa terhadap mereka.
Konsep : Bercerita tentang keluarga
Bahan : Komputer, gambar, kamus, petikan bacaan, lembaran kerja
Nilai : Kasih sayang, hormat menghormati, menghargai, rajin
Kemahiran :
Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan memahami perkara yang dibaca
aras 1(i) Membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandung
ayat tunggal dan ayat majmuk dengan intonasi yang betul.
aras 1(ii) menerangkan makna perkataan, frasa, dan ayat.
Fokus Sampingan : 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk
yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
aras 1(i) merujuk kepada kamus untuk mencari makna dan meneliti
ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan