Rabu, 7 November 2012

Yang Indah Itu Bahasa, Yang Hilang Itu Budi

Selamat Berkongsi.....

Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para muridnya.  Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan.  Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka.  Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.  Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid.  Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan murid-murid secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakan

perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggiuntukmembolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas.  Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat murid secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik.  Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajran.  Lazimnya aktiviti yang diplih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.


Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.  Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah:
-  Kaedah sumbang saran
-  Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
-  Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
-  Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
-  Kaedah audioligual
-  Kaedah Kodkognetif
-  Kaedah projek