Contoh RPH BM Tahun 4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh/ Hari: 19/10/2012- Jumaat Masa : 9.30 – 10.30 Kelas : 4 Cemerlang
Bil. Pelajar : 12 M/ Pel : Bahasa Melayu
Tajuk : Hargai pengorbanan ibu bapa
Objektif : Di akhir pelajaran ini murid boleh :
Mencari makna perkataan yang tepat menggunakan kamus.
Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami perkkara yang dibaca.
Pengetahuan Sedia Ada : Setiap pelajar sedia maklum jasa ibu bapa terhadap mereka.
Konsep : bercerita tentang keluarga
Bahan : Komputer, gambar, kamus, petikan bacaan, lembaran kerja
Nilai : kasih sayang, hormat menghormati, menghargai, rajin
Kemahiran :
Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca
aras 1(i) Membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat majmuk dengan intonasi yang betul.
aras 1(ii) menerangkan makna perkataan, frasa, dan ayat.
Fokus Sampingan : 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.
aras 1(i) merujuk kepada kamus untuk mencari makna dan meneliti ejaan yang tepat mengikut susunan perkataan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan