Khamis, 8 November 2012




Contoh RPH BM Tahun 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh/ Hari: 19/10/2012- Jumaat                        Masa  :     9.30 – 10.30             Kelas      :     4 Cemerlang                                      
 Bil. Pelajar :  12                                                  M/ Pel    :  Bahasa Melayu                                                                              
Tajuk    : Hargai pengorbanan ibu bapa
Objektif : Di akhir pelajaran ini murid boleh :
Mencari makna perkataan yang tepat menggunakan kamus.
Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta  memahami perkkara yang dibaca.
Pengetahuan Sedia Ada : Setiap pelajar sedia maklum jasa ibu bapa terhadap mereka.
Konsep : bercerita tentang keluarga
Bahan : Komputer, gambar, kamus, petikan bacaan, lembaran kerja
Nilai : kasih sayang, hormat menghormati, menghargai, rajin
Kemahiran :
 Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan              memahami perkara yang dibaca
  aras 1(i) Membaca perkataan, frasa, dan ayat yang mengandung ayat tunggal dan ayat   majmuk dengan intonasi yang betul.
           aras  1(ii) menerangkan makna perkataan, frasa, dan ayat.
Fokus Sampingan : 6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang              dikaji termasuk maklumat daripada internet.
 aras 1(i) merujuk kepada kamus untuk mencari makna dan meneliti ejaan yang tepat              mengikut susunan perkataan
Contoh Teks Bacaan Bertema
(Bahasa Malaysia Tahun 4)


Hargai Pengorbanan Ibu Bapa
Anak-anak mesti bertanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa yang telah membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. Antara tanggungjawab ialah anak-anak mestilah menghormati ibu bapa dengan sepenuhnya. Mereka mestilah sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa seperti bersalaman dengan mencium tangan mereka apabila berjumpa atau semasa ingin berpisah dengan mereka. Selain itu anak-anak juga perlulah bertutur dengan sopan apabila berbual dengan ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka.
Selain itu, anak-anak juga mestilah menjaga nama baik ibu bapa dengan menjaga tingkah laku atau moral. Sesuatu yang boleh memalukan ibu bapa seperti melanggar disiplin sekolah dan sebagainya hendaklah dihindari. Selain itu, anak-anak juga perlu belajar bersungguh-sungguh. Ini kerana ibu bapa sudah pasti ingin melihat anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan. Oleh itu anak-anak mestilah berusaha bersungguh-sungguh agar tidak mengecewakan harapan ibu bapa mereka nanti.
Di samping itu, anak-anak mestilah sentiasa mendoakan agar ibu bapa memperoleh kesejahteraan. Ini kerana jasa mereka terhadap anak-anak tidak akan terbalas dengan apa cara sekali pun. Oleh yang demikian, sewajarnya kita senantisa mendoakan akan kesejahteraan ibu bapa yang telah banyak berjasa kepada kita.

Contoh Lembaran Kerja Murid
Bahasa Malaysia Tahun 4


Latihan 1

Nama : ...................................
Kelas : ....................................

Cari makna perkataan berikut berdasarkan teks.

1.          Tanggungjawab - ……………………………….

2.          Bertutur -……………………………………………

3.          Moral - …………………………………………………

4.          Dihindari - ………………………………………….

5.          Jasa - ………………………………………………….

6.          Kesejahteraan -…………………………………

PROFIL


Nama Pelajar   :  Augustine Rajatin
Sekolah             :  Sek.Keb. Tiong Baru,Membakut.
Universiti           :  Universiti Perguruan Sultan Idris
Program              ( Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah)
Nombor Matrik : D 20112053911
Email                  : ance6971@yahoo.com

Rabu, 7 November 2012

Yang Indah Itu Bahasa, Yang Hilang Itu Budi

Selamat Berkongsi.....

Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para muridnya.  Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan.  Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat murid di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan murid.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kebolehan mereka.  Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.  Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan murid.  Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan murid-murid secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati murid serta dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang bermakan

perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggiuntukmembolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas.  Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat murid secara berkesan.

Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik.  Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajran.  Lazimnya aktiviti yang diplih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.


Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para murid, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan.  Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah:
-  Kaedah sumbang saran
-  Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
-  Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan
-  Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah
-  Kaedah audioligual
-  Kaedah Kodkognetif
-  Kaedah projek